Monday, October 26, 2009

Hari Yang Memenatkan

Hari ni aku rasa letih sangat. Letih dengan kerja yang bertimbun dan letih sebab aku memang tak cukup tidur. Semalam balik rumah pukul 10.30pm, lepas tue iron baju semua supaya esok nak pergi kerja tak lah kelam kelibut. Harap maklumlah bila dah dapat bantal, alamatnya sampai tengahari pun tak nak bangun kalau boleh. Tapi dah keje nak buat camane, terpaksa bangun.

Tapi malangnya, dah lepas iron baju tu, aku pun terus tidur. Memang letih yang teramat sangat walaupun kepala aku agak ringan. Pagi tu sebenarnya pegi main futsal. Huuh. Seronok dapat menyepak dan menyepak. Erm, dalam pukul 1.30am aku dikejutkan dengan panggilan telefon. Aduhai, aku baru nak layan mimpi. Dah diganggu.

Angkat kol kene amik orang kat subang airport plak. Dia baru je habis shoting. Adoi. Dengan gagah dan minta izin mak, aku pun kuar bawa kereta tanpa lesen. Nasib baik lah malam tu tak ada road block. Kalau tak, terpaksalah aku buat muka 20sen kat situ. Sampai PJ lepak dulu kat PJ old town, tu pown terpaksa hantar pengarah balik umah dulu. Settle semue dalam kul 3.3oam baru sampai umah lagi. Time tue tak nampak ape dah, bantal je yang jelas.

Pagi2 bangun segar pulak mata nie. Tapi sampai tempat keje, banyak pulak keje yang ade. Pening kepala aku tengok nombor-nombor. Baru aku tau keje akaun nie memang lah mentensionkan. Seperti biasa, time break makan kat kedai maple. Maple tu pun dah kenal muke aku. bagi nasi dengan ayam goreng. Makan-makan trus g keje balik. Kul 6 baru boleh balik. Kene overtime kate Superior aku. Erm, balik umah kene kemas umah pulak. Mandi, makan pastu g Public Bank kat Bangsar jap. Alahai, ponat. Sekarang nie baru dapat relax kejap. Kalaulah dapat tukang urut waktu-waktu nie, mesti best!

Dimana Kau Kasih

Kasih,
Dulu aku anggap kau umpama langit,
Setiap kali ku dongak ke atas,
aku terasa amat lapang..

Kasih,
Dulu kau umpama matahari,
Walaupun terik memancar,
Menitiskan keringat di tubuhku,
Namun aku merasa nyaman..

Kasih,
Dulu kau berkelip seperti bintang,
Bintang yang kecil tapi cukup besar maknanya,
Tapi kini kau hilang,
Hilang entah kemana..

Aku dongak ke atas,
Dikala malam mahupun siang,
Namun aku kecewa,
Kerana langit, matahari dan bintang yang ku puja,
Kini hilang tanpa khabar berita..

Oh angin,
Sampaikan salam rinduku padanya..
Walaupun perit aku laluinya,
Namun kau pernah bertaktha dihatiku..