Tuesday, April 7, 2009

SEMALAM...

Semalam, aku terlalu tension. Entah kenapa, banyak perkara bermain dibenakku. Aku banyak berfikir. Masa depan yang bakal aku lalui. Aku, "ordinary person" yang masih mentah dalam usia begini untuk lalui titi-titi kehidupan. "Oh Tuhan, berilah aku secebis ketenangan untuk melalui setiap dugaan-Mu". Melalui kehidupan yang penuh dengan ranjau bukan perkara yang mudah bagiku. Aku mungkin akan rebah. Hidup nie umpama meniti jambatan yang panjang. Dari jauh, kita mungkin nampak penghujungnya. Namun, setiap langkah menuju ke penghujung jalan, belum tahu apa yang berlaku.

Semalam, aku menangis. Menangis kerana dahagakan kasih sayang ibu. "Ibu, dimanakah kasih sayangmu yang harus kau curah pada anakmu? Ibu, mungkinkah aku membebankan dirimu? Atau mungkinkah aku mengecewakanmu?" Aku ingin dibelai, aku ingin disayangi. Jangan lah kau membezakan antara aku dan anak-anakmu. Aku menyayangimu.

Semalam, aku bergadoh. Bergadoh dengan satu-satunya adikku. "Adik, maafkan aku". Aku mahu mendidikmu menjadi insan yang celik pandai, bukan mengajarmu berputus-asa. Bukan mengajarmu menjadi malas. Tidak! Setiap nafasku hanya mahu melihat kau berjaya kelak kerana aku mungkin tak mampu menjadi anak yang disayangi sepertimu. Aku mahu kau balas jasa-jasa kedua ibu bapamu.

Semalam, aku kehilangan teman. Teman yang kusayangi hilang entah kemana. Membawa diri tanpa hala yang nyata. "Teman, sanggupkah kau membelangiku hanya kerana keegoanmu?" Jangan! Aku tak mungkin akan pernah melupakanmu, kerana kau begitu berharga buatku. Mungkin masa akan menemukan ku dengan mu.

Semalam, sayangku menangis. Menangis kerana perbuatanku. "Sayang, maafkanku kerana memarahimu. Bukan niatku menyakitimu" Kau semakin matang melalui kehidupan. Kau semakin gagah dan tabah menepis setiap bisa gigitanku." Sayang, jangan kau palingkan kisah silam mu dengan mengajarku apa erti hidup. Aku mahu berdiri atas tapak kaki ku. Aku menghargai setiap waktu bersamamu.

taik basi : aku sayang semue orang!

2 comments:

runnitaf said...

semalam pnuh emosi.
sbr ye, sis yatie.
:)

Hayatty Darul said...

thankz fatin.
emosi2 tue mematangkan sys act.
:)